Tuesday, November 16, 2004

 

Kasih Ufuk Rindu

Zaidi bersiul riang menuruni anak tangga dari biliknya yang terletak ditingkat tiga banglo mewah itu.Sambil tangan membetul betulkan anak rambut yang jatuh kedahi.


“Di nak kemana?”Datuk Zabidi menegur anak itu.


“Sejak kebelakangan ni papa tengok Di selalu sangat keluar malam.”Datuk Zabidi mengutarakan rasa tidak puas hatinya pada anak itu.


“Di pergi jumpa In papa.Lagipun rasanya ia tidak ambil masa lama.Di balik sebelum pukul dua belas nanti.”Zaidi bersuara perlahan,cuba memancing simpati mamanya yang sejak tadi jadi pemerhati.Dia tahu papa dan mama tidak kisah kalau dikeluar bertemu In.Malahan mama dan papa amat menyenangi gadis ayu itu.

>“Baik,oleh kerana prestasi kerja Di bagus,papa terima alasan tu.Tapi ingat esok kita ada meeting dengan syarikat Jepun tu.Papa nak Di datang awal sikit.”Datuk Zabidi bersuara tenang,masih lagi macam tu.


Menatap akbar bahasa Inggeris ditangannya.Dia akui walaupun anaknya itu sedikit nakal tapi bila kerja dia serius hundered percent.Bila dia dah sibuk kerja tu semuanya dilupakan.Perempuan mana sekali pun yang call pastinya jawapannya busy.


Tapi satu,bila terima panggilan In dia tak boleh tunggu lama.Itulah yang diperhatikan sejak dulu lagi.Dan dia sendiri mengalakkan hubungan itu.Zaidi jarang keluar dengan mana mana perempuan selain dari In.Itulah yang menyebabkan dia bangga dengan anak itu. Walaupun nakal tapi sikap workhorlic yang ditunjukkannya itu mengagumkannya. Anak itulah yang menjadi kebanggaannya tiap kali rakan lain mengeluh tentang anak anak mereka yang tidak mahu meneruskan bisnes keluarga.Dan sesungguhnya dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik begitu. Alhamdulillah.

Zaidi yang mendengar pujian dari papanya itu tersenyum lebar.Berbunga riang hatinya bila diberi kerpercayaan.


“Di,kirim salam mama dan papa pada In.Suruh dia datang,mama dah rindu sangat nak jumpa dia.Jangan asyik kamu aje yang jumpa dia.”Datin Mariam bersuara,mengusik anak bujangnya itu.Dalam diam dia menyimpan harapan untuk bermenantukan anak buah yang istemewa itu.Dia menyayangi In seperti dia menyayangi anaknya sendiri.


“In,cousin kau yang handsome tu tunggu kau dekat bawah.”Masria memanggil rakan yang sedang leka bermenung itu.In kelihatan sudah bersiap siap untuk keluar.

“Abang Zaidi dah sampai ke?”dia memandang rakan yang sedang menanggalkan tudung itu.Lama sangat ke aku berangan.


“Dah,tadi aku nak naik terserempak dengan dia.Cepatlah dah lama dia tunggu kau .” Masria tersengih memandang rakan itu.Sejak pertama kali dia mengenali gadis itu selama hampir empat tahun ini kerap sangat Zaidi datang sampaikan dia pun dah naik kenal dengan anak muda itu.


“Okey lah.Aku keluar dulu.Kau nak pesan apa apa ke?”dia bertanya pada rakan itu sambil mencapai telefon bimbit.

>“Tak ada apa.Cuma aku doakan korang bahagia selalu.”dia mengusik,mencuit pipi gebu rakan itu.


“Kau ni melalut pulak.Kita orang keluar makan ajelah.Bukannya nak buat apa apa.”dia mengomel kecil,memarahi rakan itu.Selalu sangat Masria mengusik dia begitu.


“Iyalah tu.Kalau dia ajak ok aje,bila time Qairul tu tak senang lah.Sibuk lah.”Masria mengajuk alasan alasan yang kerap diberi gadis itu bila Qairul mengajak keluar.In cuma membiarkan teman itu berbicara sendiri,malas nak dilayan nanti tak jadi kerja.

Namun sebelum sempat dia menuruni anak tangga bibir mengukir senyum.Betul juga kata kau Mas!Dia tertawa kecil.Tawa bertambah lebar bila melihat Zaidi sedang menantinya disisI keretanya.


“So,kita nak kemana?”Zaidi tersenyum menghampiri In.


“Abang kata nak bawa In pergi makan kan.Kita pergi makanlah.”dia mengusik Zaidi.

“Eh,bang!”tiba tiba In menjerit kecil.


“Abang dah potong rambut ke?”tiba tiba dia tertegun pada rambut anak muda itu yang dipotong stail ala ala Tom Cruise.


“Lawa tak?”dia bertanya sambil mengusik anak rambut yang jatuh didahi.Tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu.In memang prihatin dengan sebarang perubahan pada dirinya,malahan mama pun belum perasan yang aku dah potong rambut.Dia tersenyum lagi.


“Bertambah tampan.Nampaknya ramailah mak we yang terpikat.”dia ketawa kecil, menapakkan barisan gigi yang elok tersusun.


“In tak terpikat ke?”giliran dia pula bersuara.Rasa melayang layang tubuhnya melihat wajah itu dihiasi senyuman manis.


“Alah,kalau dengan abang In tak naklah.Lagipun mana nak letak mak we abang yang berderet deret tu.”ujar In bersahaja.Dia membuka pintu kereta bila Zaidi lebih dahulu masuk keperut kereta BMW itu.


“Mak we?Siapa buat cerita ni?”dia bersuara serius.Tidak suka bila gadis itu beranggapan begitu.Walaupun dia tahu In hanya bergurau namun dia tidak menyukainya.Dia bukan kaki perempuan dan paling dia tidak mahu In beranggapan begitu pada dirinya.Dia gusar bila In beranggapan tidak elok padanya.


“Abang marah ke?”In mengesan perubahan pada riak suara yang keluar dari mulut anak muda itu.Dia memberanikan diri memandang Zaidi.


“Tak,abang tak boleh nak marah In.”dia tertawa kecil.Marahnya serta merta lenyap mendengar pertanyaan itu.In mampu menghilangkan rasa marah hatinya.Malahan bila dibebani dengan kerja yang kadangkala menyakitkan perasaan dia akan berlari ketemu In di hostelnya.
Sejuk rasa hati dapat menatap wajah itu walaupun seketika saja.


“Cuma,abang nak In tahu.Kan dah banyak kali abang katakan abang tak punya sesiapa pun.Abang hanya ada adik abang ni aje.”ucap Zaidi,dia mahu In tahu dia tidak pernah ada perempuan lain.Sekilas dia menjeling kearah In yang tersenyum mendengar kata katanya itu.Zaidi melangkah tenang masuk kepejabatnya.




Sejak tadi senyuman tidak mahu lekang dari bibirnya.Semalam tidurnya bertemankan In.Mimpi mimpi indah bersama gadis itu masih bermain diruang mata.Rasa rindu yang tidak terucap pada gadis itu amat membara.Kalau ikutkan hati mahu aje rasanya dia meminang In tu cepat cepat.Tak tahan rasanya menanggung rasa cinta yang sarat dalam dadanya saat itu.


“Hai bos.Seronok nampak?”Fatin menyapa bosnya yang kelihatan agak berlainan itu. Selalunya bosnya itu jarang senyum.Kerjanya sebagai ketua jurutera sedikit sebanyak menyebabkan dia tenson aje selalu.


“I baru balik dating.”dia menjawab ramah.Masih lagi terbayangkan gelak tawa gadis itu. Betapa payah ingin melenyapkan senyuman itu.


“Dengan cik Julia ke?”dia mengusik nakal.Satu company tahu Julia meminati anak muda itu.Tapi dari pemerhatiannya setakat ini nampaknya Julia bertepuk tidak berbunyi!


“Apa pulak dia.”nada suaranya saja sudah jelas menunjukkan tidak senang namanya dikaitkan dengan nama gadis itu.Anak rakan kongsi papanya.


“Dah tu,mak we baru ke?”


“Mak we baru apa.Dah lama I dengan dia.You aje yang tak tahu.”dia mengenyitkan mata,meninggalkan setiausahanya dengan pertanyaan sendiri.Fatin menghantar langkah bos yang kelihatan happy sejak kebelakangan ni.


Mak we lama??Siapa ya?Dia tertanya tanya sediri.Seingatnya tidak pernah sebelum ini Zaidi bercakap mengenai buah hatinya.




“You pergi mana semalam hah?”Julia menyoal kasar.Memandang tepat kewajah anak muda itu.Tersirap darahnya mendengar kata kata temannya yang kononya melihat Zaidi keluar dengan seseorang.


“Dah kenapa dengan you ni?”Zaidi bersuara perlahan,malas nak melayani perangai Julia yang tiba tiba itu.Mata masih lagi tidak beralih sedikit pun dari fail ditangannya.


“Tak dengar ke,I tanya kemana you pergi semalam.You keluar dengan betina gatal mana hah?”dia menyoal lantang.Matanya menyinga memerhatikan Zaidi.


“Apa yang you merepek ni?”dia juga telah mula meninggi suara.Faham dengan kemarahan Julia.Semalam aku keluar dengan In sorang aje.Dia yakin perempuan yang dikatakan Julia itu adalah In.Tiba tiba dia marah bila Julia menghina In begitu rupa.
Namun perasan marahnya itu ditahan.Disabarkan hati yang mendengar kata kata itu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menampar muka Julia.Lancang sungguh mulutnya!


“You jangan nak cabar I Di.I tak suka you keluar dengan perempuan lain.”dia bersuara lagi.Walaupun terasa gentar mendengar suara Zaidi yang bergema.


“You tak ada hak nak halang I.You tak layak Ju.I nak keluar dengan siapa pun you peduli apa?I bukannya boyfriend you .”dia menghempaskan fail yang dibacanya diatas meja. Geram melihat telatah Julia yang langsung tidak munasabah itu.Aku bukannya ada apa apa dengan dia.


“Tapi I sukakan you.”Julia bersuara.Kini kedengaran sedikit perlahan.Mungkin baru tersedar hakikat sebenarnya.


“But I tak suka you.Yes,I mengaku I falling in love right now,but that girl is not you.”dia menjawab serius.Memandang seketika kearah Julia yang terkejut mendengar kata katanya itu.


“You ada orang lain?”“Ini bukan soal orang lain atau tidak.Soalnya antara I dengan you memang tak ada apa apa.I dengan dia dah lama kenal.Kami dah nak kawin pun.”sengaja dia menyakitkan hati Julia.Biar dia rasa.


“I don’t care.Kalau you dah kawin sekali pun,you tetap jadi milik I.
I takkan benarkan sesiapa rampas you dari I.I akan ajar perempuan tu.”Julia bersuara tegas.Lantas dia berdiri dan keluar dengan menghempas pintu bilik Zaidi sekuat hati.Zaidi merengus kasar.Menyampah melihat kelakuan Julia itu.Tak profesional langsung. Orang tak nak dia pulak terhegeh hegeh.


“Hello,boleh saya cakap dengan abang Zaidi?”kedengara satu suara bertanya.


“Iya,Zaidi sini.Siapa tu?”dia pelik,setahunya dia tidak pernah mengenali nombor yang tertera ditelefon bimbitnya saat itu.Suara itu juga begitu asing pada pendengarannya.


“Saya kawan In,Masria.Saya nak minta abang datang hostel boleh tak.”


“Kenapa?”dia bertanya lagi.Tadi petang dia baru aje menjenguk In.Sepupu itu menyambutnya dengan senyuman seperti selalu.


“Er..In dia..”berat rasa mulut nak berbica saat itu.Namun Masria menguatkan diri.Tidak sanggup melihat In begitu lagi.


“Kenapa dengan dia?”dia menyoal pantas.Apa yang tak kena.Tadi semasa dia meninggalkan gadis itu untuk pulang In kelihatan macam biasa.


“Abang datang dululah.Nanti saya ceritakan.Dia tak nak keluar sejak dari petang tadi. Kami semua risau.Sebab tu lah warden suruh saya call saudara dia.Saya tak tahu nak call siapa lagi.”


“Okey, I’m coming.”Zaidi pantas mematikan telefon bimbitnya.Hatinya risau saat itu.In tak nak keluar dari mana?Kenapa dia tak nak keluar?Sakit kah dia?
Tapi tak mungkin tadi aku tinggalkan dia elok aje.


Dia dirundung kerisauan.Hati kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena.Ada sesuatu yang menimpa gadis itu.Kalau tidak masakan sampai warden suruh call sedara mara.Kenapa kau In!Hati merintih,sambil itu dia terus memandu laju.Kecekapannya memandu sikit pun tidak merisaukannya,dalam masa tak sampai setengah jam keretanya telah mula memasuki perkarangan hostel kolej swasta tempat In menimba ilmu.


Hati semakin berdebar debar bila kali ini kedatangannya dinantikan Puan Fatimah yang menjadi warden In selama ini.Kelihatan juga seorang gadis bersamanya.


“Encik ni saudara In?”Puan Fatimah menyapa anak muda yang baru keluar dari kereta mewah itu.Dia memandang anak muda lewat dua puluhan itu.Rasanya kerap benar dia menemui In sebelum ini.Sesuai!Sama cantik sama padan.


“Iya,saya saudara dia.”Zaidi mengangguk perlahan,masih lagi tidak dapat memahami apa yang berlaku.Hatinya saat itu tertumpu pada In seorang.Ingatannya begitu kuat mengingati In saat itu.


“Kenapa dengan dia puan?”Zaidi bertanya,tidak sabar menunggu penjelasan dari warden asrama itu.


“Marilah,kita naik kebilik dia.Sambil tu saya ceritakan apa yang berlaku.”Puan Fatimah mempelawa Zaidi.Sekali lagi dia terkejut dengan apa yang berlaku.Selama ini tidak pernah mana mana pelawat lelaki dibenarkan memasuki asrama perempuan,tapi kali ini dia dialu alukan pula.Dia memecahkan tradisi yang dipegang kuat selama ini.


Peliknya? Gumam hatinya,namun kaki masih juga melangkah mengekori Puan Fatimah dan seorang pelajarnya. “


“Abang!”In menjerit memeluk Zaidi.Dia segera membuka pintu bilik air bila mendengar suara Zaidi.Hatinya yang goyah kembali tenang,yakin yang dia akan selamat dengan kehadiran Zaidi saat itu.

“Kenapa In?”dia terkejut.Kaku seketika mendengar esakan gadis itu.
Sayu hatinya melihat keadaan In saat itu.Bajunya koyak disana sini.


“In,tell me.What’s wrong?Apa dah berlaku dengan In ni?”dia bertanya bila gadis itu masih tidak mahu bersuara.
In masih lagi menangis.Erat dia memeluk Zaidi.Tangisan bergema.Tidak sedikit pun menghiraukan kehadiran Puan Fatimah dan rakan serumahnya saat itu.Dia menangis lagi.


“Encik Zaidi,rasanya In perlukan ketenangan sekarang ni.”sayup suara Puan Fatimah.Dia turut terharu melihat keadaan In.Selama empat tahun dia mengenali gadis itu.Dia tahu hati budi In.Kesian melihat In menangis begitu.


“Boleh saya bawa dia pulang?”dia bertanya memadang tepat kearah Puan Fatimah.Dia masih lagi memeluk In yang terus terusan menangis.


“In,kita balik rumah abang okey.”dia memujuk gadis itu.Jaket yang tersarung ditubuhnya berpindah pula ketubuh gadis itu.Anggukan Puan Fatimah melegakannya.


“Apa yang tak kena Di?Siapa yang sanggup buat In macam tu.Papa tak rasa ianya perbuatan budak budak nakal.”Datuk Zabidi bersuara keras.
Simpati melihat keadaan anak buah kesayanganya begitu.Teringat lagi janji pada arwah adiknya,akan menyanyangi In seperti anaknya sendiri.


“Di tak tahu pa.Rasanya ada orang sengaja nak takutkan dia.”dia bersuara perlahan.Masih berfikir fikir jika In punya musuh.Tapi setahunya In tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.Dia kenal semua orang yang terlibat dalam kehidupan In.In jarang keluar merambu tidak tentu arah.Kalau adapun cuma sesekali dengan Masria.Malahan dia pun dah kenal dengan teman In itu.


Gadis itu lembut dan bertudung,takkan punya musuh pula.Tapi apa kena mengena dengan In kalau dia ada musuh pun.Dia sedar selama ini In jarang bergaul,malahan gadis itu tidak pernah sekali pun keluar dengan mana mana lelaki.Bila ditanya katanya belum sampai masa.Mungkinkah ada yang tidak senang,tidak puas hati lalu membalas dendam?Tadi gadis itu masih lagi menangis bila sampai kerumahnya.Papa dan mama yang dah tidur dikejutkan.
Kini mama dan Fidah sedang memujuk gadis itu.


“Abang rasa siapa yang nak kenakan In tu?”Fidah duduk disebelah abangnya itu.Tidak berpuas hati rakan baiknya diperlakuan sedemikian rupa.Nasib baik tidak berlaku apa apa.


“Abang tak dapat agak.In tu mana ada musuh.”ujar Zaidi dengan wajah sungul.Masih terdengar lagi cerita Puan Fatimah,katanya petang itu selepas In pulang,tiba tiba tiga biji motorsikal berpusing pusing sekeliling In.Gadis itu menjerit memarahi mereka tapi mereka lebih pantas.
In diusiknya,baju gadis itu ditariknya.Tidak sempat mereka memberi pertolongan ketiga tiga mereka telah terlebih dahulu melarikan diri.Dan sejak itu hinggalah dia datang In mengurungkan diri dalam bilik air.Sejak itu juga In tidak berhenti menangis.


“Macamana Yam?Dah tidur?”Datuk Zabidi bertanya pada isteri yang baru keluar itu.


“Dah bang,tadi Khalid dah bagi ubat.Kesan ubat tu katanya.”Datin Mariam turut duduk serta dalam perbincangan itu.Hati turut risau terhadap kejadian yang menimpa anak itu. Sedih melihat keadaan In yang ketakutan.“Esok papa nak pergi jumpa ketua esekutif tu.Kenapa kejadian macam ni boleh berlaku dalam kawasan asrama.”Datuk Zabidi bersuara tegas.Terasa keselamatan In tidak terjamin.


“Sudahlah tu,biar mama jaga In.Abang pergilah tidur.”Datin Marian bersuara memandang suami dan anak anaknya.


“Tak apalah ma.Di akan temankan In malam ni.”Zaidi bersuara,dan tanpa menunggu reaksi mereka pantas dia bingkas bangun menuju kebilik tamu,ingin segera menemui gadis itu.




“You nak kemana Di?”Julia bertanya,hairan melihat Zaidi yang ingin keluar semula walaupun baru sekejap tadi dia melihat Zaidi masuk ofis.


“I datang ni nak ambil cuti.”dia menjawab tanpa memandang wajah Julia.


“You nak temankan perempuan tu ya!”tiba tiba kemarahannya memuncak.Tambahan pula melihat Zaidi yang begitu mengambil berat.Cemburunya mendadak tiba tiba tanpa menyedari dia membongkar perbuatannya sendiri.


“Apa yang you tahu pasal In?”dia menyoal,mata mencerlang memandang Julia yang kelihatan sedikit kaget.


“You yang buat dia macam tu?”ujar Zaidi lagi.Kasar.Dia mula memegang lengan Julia.


“Memang!Memang I yang upah orang buat perempuan gatal tu macam tu.I nak bagi lesson pada dia.You beritahu dia,kalau dia berani lagi kacau you,I akan buat lebih teruk daripada itu.”Julia merentap lengannya.Dia bersuara,sinis kedengaran suara Julia,tiada sedikitpun rasa bersalah.Malahan dia ketawa besar dari dalam kereta bila melihat orang orangnya mempermainkan In.


“You memang dah gila!I akan pastikan you merana Ju.I akan kawin dengan In tak lama lagi.You yang melepas.”dia bersuara lantang,hingga mengejutkan Fatin diluar biliknya. Kasar pintu dibukanya.Dengan berang dia segera melangkah keluar.


“You tak boleh kawin dengan dia Di!I bunuh dia!”kuat Julia menjerit mengekori langkah Zaidi yang sudah pun berada betul betul didepan meja Fatin.“I tetap akan kawin dengan dia.I love her very much!I dan dia takkan berpisah.”keras dia bersuara.Walaupun sedar dimana mereka saat itu.
Sengaja dia menguatkan suara.Biar satu ofis tahu.Gumamnya dalam hati.

“Zaidi!I kill her!I akan bunuh dia,kalau dia berani kawin dengan you!”Julia menjerit bagai orang tidak siuman.Nafasnya turun naik.Sebal mendengar kata kata Zaidi itu.I love her very much!Shit!Celaka,aku bunuh kau!Fatin terkelu mendengar semua itu.Aku tengok filem apa ni?!



Datuk Ghafar mengeluh mendengar kata kata rakan kongsinya itu.Tidak menyangka anaknya sanggup berbuat begitu.Malu dia mendengar kata kata Datuk Zabidi itu.Dia sedar,malahan sejak dulu lagi dia tahu anak itu mengalami masalah jiwa,sejak kematian isterinya Julia bagai orang hilang akal.

Dia berusaha mengubatinya,tapi kini setelah lima tahun sembuh dia tidak menyangka anak itu kembali semula sakit.


“I bukan nak cakap apa apa Far,tapi Zaidi tu memang sukakan anak buah I tu.Bukan I tak suka Ju,cuma ini soal anak anak.”

“I tahu,I akan cuba nasihatkan Ju.”dia bersuara perlahan.Tiba tiba timbul minat untuk mengenali gadis itu.Cantikkah hingga Zaidi menolak anaknya.Sedangkan pada matanya Julia antara yang tercantik dalam ofis ni.Malahan wajahnya hampiri menandingi kecantikan artis terkemuka.


“I betul betul harap you dapat beri advice pada Ju.I risaukan anak buah I tu.Dia sekarang ni masih lagi ketakutan.”dia serba salah,tapi itulah yang dapat difikirkannya.Bersemuka dengan Datuk Ghafar.

Dia bimbangkan keselamatan In.Kata kata ugutan yang diceritakan Zaidi menakutkan mereka.Malahan kini In tidak lagi dibenarkan keluar sendirian.In kini tinggal sementara dirumah mereka.
Zaidi pula akan menghantar dan menjemput dia pulang kuliah setiap hati.Itupun baru In setuju,kalau tidak degilnya bukan main.Nak juga duduk hostel tu.Bila Zaidi pujuk baru dia makan pujuk.


“Berkemas nampak.”Zaidi duduk bersebelahan dengan In.Memerhatikan gadis itu memasukan pakaian kedalam beg baju.

“Nak balik hostel,rindu nak tengok bilik In.”dia tersenyum mendengar kata kata Zaidi.


“Apa kata In tinggal aje terus kat sini.Kan bagus.”ucap Zaidi.Seronok rasanya tinggal bersama gadis itu dua minggu ni.Kini segala galanya telah kembali aman.Keputusan bijak Datuk Ghafar untuk menghantar Julia menguruskan cawangan syarikat di Amerika disambut gembira,semalam dah bertolak pun perempuan tu.


“Tak naklah bang,ganggu abang lama lama.”dia tertawa kecil.
“In tak takut lagi?”dia bertanya.Masih terbayang pelukan erat gadis itu.


“Tak lagi lah bang.Lagipun abang kata dia dah tak ada kan.”dia bersuara perlahan.Ngeri pula mendengar cerita Zaidi itu.Julia,perempuan tu memang cantik,dulu pernah sekali dia ketemu perempuan itu.Terserempak bila dia dan Zaidi sedang membeli belah.Jelas sekali gadis itu tidak sukakan dirinya.Pelik betul,orang cantik macam tu tapi brutal.Serun,In memikirkannya.


“Memanglah,tapi kalau tiba tiba dia balik macamana?”dia mengusik.


“In cari abang balik.”

“Abang risau dengar dia kata nak apa apa kan In.”dia bersuara perlahan,meraup mukanya dengan kedua telapak tangannya.Memerhatikan In yang masih menyusun baju..


“Janganlah risau bang,kalau dah ajal In dekat tangan dia tak kira esok lusa mati juga In nanti.”dia bersuara selamba.


“Jangan sekali kali cakap macam tu.Abang tak benarkan.”dia bersuara tegas.Keselamatan In akan selalu ditatangnya.Tidak sekali kali dia membiarkan gadis pujaannya itu disakiti.


“Iyalah,In tahu abang sayangkan In kan.”dia menyindir Zaidi.Tenang rasanya kini.Tidak perlu lagi dalam ketakutan.Reda rasa perasannya saat itu.Tapi seketika kemudian satu perasaan halus melintasi hatinya.Sayu pula untuk berpisah dengan Zaidi.Kenapa dengan aku ni?!Bukannya aku nak berpisah terus.




“Tapi,kan hari tu mereka dah hantar surat tawaran pada saya.Macamana pula boleh jadi macam tu kak?”In memandang pegawai yang menguruskan hal berkenaan pratikalnya itu.


“Tak tahulah dik.Tapi mereka minta adik kesana.Ni alamat dan orang yang adik kena jumpa.”Balkis menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nama dan alamat yang perlu ditemui In.


“Thanks kak.”dia pantas menyambut cebisan kertas yang dihulur Balkis.Melangkah lemah dari pejabat itu.Dia mula risau kalau kalau tidak diterima pula.Mana aku nak cari tempat baru.Terdesak pula tu.In mengaru kepala yang tidak gatal.Alamat ditangan dipandang seketika.AnD’s Holoding,Encik Ghazali.Dia membaca,sekali dua nama nama itu diulangnya.


“Please In.Takkan sekali aje tak boleh.”Qairul mendekati gadis pujaan hatinya.


“Tak bolehlah.I hargai apa yang you lakukan Rul.Tapi I takkan tergamak nak lukakan hati tunang you tu.”dia lemas,sesungguhnya dia lemas dengan semua itu.Pujukkan anak muda yang tak pernah mahu mengalah.


“I tahu I terlambat mengenali you In.Tapi hati I tak terdaya,memang I sayangkan tunang I.Tapi sejak pertama kali I tengok you,hati ni tak pernah sekali pun lupa untuk menyayangi you.Please,beri I peluang In.”dia memujuk lagi.


“No,Rul.Tak mungkin I menyakiti hati perempuan lain kerana I juga seorang perempuan.”In melangkah semakin laju meninggalkan kawasan kampus.Mahu segera lari dari anak muda itu.


“Kalau you nak I putuskan pertunangan I pun,I sanggup In.Asalkan you sudi terima I.” Saat itu langkah In terhenti.Tiba tiba dia rasa menyampah dengan kata kata Qairul itu.


“Walau you putuskan pertunang itu sekali pun I takkan terima you Rul.Mungkin masa ni you boleh putuskan tali pertunangan you kerana I.Tapi tak mustahil satu hari nanti you pula tinggalkan I kan.”dia marah dengan sikap lelaki itu.


“I tak semurah dan serendah itu untuk menghancurkan hati insan seperti I Rul. Pulanglah kepangkuan dia.Sekurang kurangnya kalau you lakukannya I masih menghormati you sebagai lelaki dan teman I.Tapi kalau you putuskan pertunangan itu,bukan saja I menolak you,tapi membenci jua.”

In pantas berlari masuk kekawasan hostel.Tidak mahu lagi berdepan dengan anak muda itu.Malas nak dengar pujuk rayu Qairul itu.Qairul yang memekik memanggil manggil namanya tidak langsung diendahkan.Seorang dua siswi yang melihat kejadian itu pun tidak langsung diambil kira.Lantaklah!


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?